Remaja nyaris maut

MALANG TIDAK BERBAU… Keadaan motosikal yang dipandu remaja terputus dua pada bahagian depan tayar motosikal akibat rempuhan selepas terlibat dalam kemalangan semalam.

ADUM LIU

BATU NIAH : Seorang remaja nyaris maut apabila motosikalnya gagal dikawal dalam satu kemalangan jalan raya di sini semalam.

Kejadian yang berlaku sekitar 5.00 petang semalam, remaja dikatakan dari arah Pekan Batu Niah menuju Simpang Niah gagal mengawal motosikalnya sehingga merempuh sebuah kereta yang menuju ke pekan.

Dalam kejadian itu, remaja berkenaan berjaya terjun dari motosikal yang dinaikinya dan mengalami kecederaan ringan.

Manakala, pemandu kereta merupakan seorang lelaki warga emas tidak mengalami kecederaan pada kejadian itu.

Akibat rempuhan yang kuat itu telah menyebabkan bahagian depan tayar motosikal terputus dua.

Kejadian itu masih dalam siasatan polis Batu Niat.