Warga emas dikhuatiri hilang

OPERASI…Pasukan SAR mencari mangsa yang hilang sejak keluar rumah Rabu lalu.

JIKU JUGUONG

MARUDI : Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) seorang warga emas berusia 73 tahun beralamat di Long Moh, Long Lama yang hilang sejak keluar rumah pada Rabu lalu diteruskan semalam.

Sebaik menerima laporan kehilangan mangsa pasukan bomba dan penyelamat Marudi bergegas ke lokasi pada 4.30 petang malam semalam dengan menaiki pacuan empat roda yang mengambil masa lapan sehingga 10 jam dan bergantung kepada keadaan cuaca dan seterusnya menggunakan perahu panjang untuk ke kampung Long Moh.

Menurut kenyataan Pegawai Bomba Miri, PgKB1 Law Poh Kiong operasi tersebut melibatkan empat anggota bomba Marudi yang diketuai PBK II John Anyie, tiga Polid Diraja Malaysia (PDRM) dan 15 penduduk kampung berdekatan.

Dalam pada itu, pasukan SAR dibahagikan kepada tiga kumpulan dengan melakukan pencarian bermula jam 7.00 pagi hari ini di hutan dan sekitar kampung dengan radius pencarian 2-3 kilomter.

Mangsa dikenali Sigau Anyi keluar rumah tanpa diketahui isteri dan anak lelaki mangsa dan sehingga kini mangsa belum lagi dapat d kesan.