Setengah ekar belukar musnah terbakar

PADAM… Sepasukan anggota bomba sedang memadamkan kebakaran belukar berhampiran
Lapangan Terbang Miri,semalam.

LIONG CHAI LING

MIRI : Dianggarkan seluas setengah ekar belukar berhampiran Lapangan Terbang Miri di sini, musnah terbakar, semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri, Law Poh Kiong berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran belukar itu pada 1.11 petang.

Katanya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentral Miri bergegas ke lokasi kejadian bagi operasi pemadaman.

“Setiba di lokasi,pasukan bomba mendapati kebakaran belukar berlaku berhampiran Lapangan Terbang Miri.

“Anggota kami terus bertindak membuat pemadaman menggunakan salur bantu mula pertama sehingga api padam sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, anggotanya mengambil masa kira-kira satu jam memadamkan kebakaran kawasan belukar berkenaan.