Sup Ayam PKP, ringkas tetapi tetap berkhasiat

CAMPURAN…Jagung dan kentang yang digunakan untuk sup ayam.

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) dan pandemik Covid-19 membuatkan semakin ramai orang memilih menghabiskan masa di rumah dengan aktiviti memasak.

Aktiviti manusia di seluruh dunia tiba-tiba berubah, termasuk kebiasaan sehari-hari seperti makan.

Jika dulu biasa berkunjung ke kedai makan dan memesan makanan untuk dihantar ke rumah, ketakutan terhadap jangkitan wabak menjadikan sesetengah orang memilih makan di rumah walaupun kelonggaran sudah diberikan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sekarang ini.

Justeru ramai yang gemar bereksperimen memasak, dari resipi mudah hinggalah yang mencabar. Satu resipi mudah untuk dimasak adalah sup ayam.  Ayuh kita belajar memasak ‘sup ayam biasa-biasa’ atau Sup Ayam PKP pada kesempatan ini.

Meski pun terlihat sederhana namun sup ayam adalah makanan yang sangat menyihatkan, apatah lagi jika digabungkan dengan sayur-sayuran.  Bukan sahaja ia senang dimasak tetapi bahan-bahannya juga mudah didapati.

Cara memasaknya juga biasa-biasa sahaja.  Masukkan potongan daging ayam ke dalam kuali berisi air mendidih dan masak hingga ayam empuk.  Kemudian masukkan potongan tomato, kentang, jagung dan bawang Bombay,  garam,  serbuk perasa dan lada.

Setelah semua bahan sudah dimasukkan,  tunggu dalam beberapa minit lagi untuk pastikan sayur sedikit layu.

Sup ayamPKP dan sayur siap untuk disajikan, anda pasti gembira menikmati masakan sendiri bersama nasi segar.  Selamat mencuba.