Covid-19: Satu kes positif di Sibu

KUCHING: Terdapat satu (1) kes positif Covid-19 dilaporkan di Daerah Sibu, semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, pertambahan kes ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Sarawak sebanyak 571 kes.

“Kes ke-571 merupakan lelaki tempatan berumur 32 tahun yang baharu balik dari United Kingdom pada 17 Jun lalu.

“Beliau masuk melalui penerbangan dari London ke Kuala Lumpur di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 17 Jun lalu dan masuk ke Sarawak melalui Lapangan Terbang Sibu pada 18 Jun lalu dan telah menjalani kuarantin di Sibu,” ujarnya dalam laporan harian Covid-19 di Sarawak.

Beliau menambah, tiada kes baharu yang telah sembuh dan discaj dari hospital setakat semalam.

“Jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 yang telah sembuh dan discaj kekal sebanyak 537 orang atau 94.05 peratus.

“Sebanyak 17 orang masih menerima rawatan di dalam wad isolasi hospital.

“Manakala, jumlah kematian kekal sebanyak 17 orang,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 19 individu dalam siasatan (PUI) baharu dilaporkan dan empat (4) kes masih menunggu ujian makmal.