SOP: Uggah lawat dua sekolah menengah

PANTAU… Uggah serta Adzman (tengah), Dr. Sim dan Lo di sebuah kelas Tingkatan 5 di SMK Jalan Arang.

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas semalam mengunjungi dua buah sekolah menengah di bandar ini bagi melihat sendiri pematuhan prosedur operasi standard (SOP) untuk menyambung semula kelas Tingkatan 5 dan Tingkatan 6.

Dua buah sekolah tersebut ialah SMK Jalan Arang dan SMK St Thomas.

Turut hadir, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr. Sim Kui Hian dan Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan, Lo Khere Chiang.

Ketika Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Arang, timbalan ketua pengarah Kementerian Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Adzman Talib dan pengetua sekolah, Lau Yok Hock telah menerima kunjungan Uggah dan Sim.

Uggah yang merupakan pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menghabiskan sekitar sejam di sekolah tersebut.

Manakala, di SMK St Thomas, Biskop Gereja Anglikan Sarawak dan Brunei Datuk Danald Jute, Datuk Bandar Kuching, Datuk Wee Hong Sing dan pengetua Robin Sabai adalah antara yang menerima kunjungan mereka.

Uggah sangat gembira melihat tahap kepatuhan yang tinggi oleh pentadbiran kedua sekolah tersebut.

Beliau kemudian juga mengunjungi Pasar Petanak untuk memeriksa aplikasi COVIDTrace di pintu masuk.