PKPP: Operasi, pemeriksaan akan diteruskan

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) akan terus membuat pemeriksaan ke atas kedai makan dan minum walaupun keadaan telah beransur pulih dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sekarang.

Pihak polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) membuat pemeriksaan di kedai makan dan minum kelmarin di Padungan kelmarin untuk memastikan mereka kedai-kedai ini mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan untuk tempoh PKPP.

Pemilik kedai juga dinasihati supaya cuma membenarkan jumlah pelanggan kepada dua atau empat orang untuk setiap meja makan.

Seorang pemilik kedai makan dan minum berkata dia tidak membenarkan pelanggannya untuk duduk semeja melebihi empat orang untuk mengelak dari didenda oleh pihak berkuasa.