ERP beri kelegaan

PENGERUSI SHEDA Cawangan Kuching, Sim Kiang Chiok.

KUCHING: Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) memberi sedikit kelegaan dalam membantu dalam penggajian tetapi bagi mereka yang gaji melebihi RM4000, ia membebankan kerana tiada subsidi gaji, kata Pengerusi SHEDA Cawangan Kuching, Sim Kiang Chiok.

Beliau berkata, ini sekurang-kurangnya mereka tidak perlu memberhentikan kakitangan dan bantuan tersebut sehingga Jun lalu.

Bagaimanapun, pemberian bantuan tiga bulan lagi sebanyak RM600 setiap pekerja sebulan juga membantu dalam menjaga tenaga kerja yang mendapat subsidi gaji hanya untuk enam bulan sahaja.

Justeru, Sim berharap ia akan mencukupi sehingga ekonomi dapat pulih daripada pandemik Covid-19 tetapi semua petunjuk ekonomi menunjukkan bahawa mereka mungkin memerlukan masa yang lebih lama untuk pulih.

Sim juga berharap kerajaan dapat mengekalkan bantuan upah sekarang yang mana terdapat bantuan yang berperingkat dan lebih tinggi bagi syarikat dengan RM1200 sebulan untuk pekerja yang kurang daripada 75 orang, RM800 untuk 76 hingga 200 pekerja dan RM600 untuk 200 pekerja dan ke atas.

Pada masa sama, Sim juga memuji kerajaan melalui bantuan inklusif untuk semua syarikat dalam wabak ini.

“Pandemik global yang belum pernah terjadi sebelumnya ini menimbulkan banyak ketidakpastian dan melemahkan keyakinan perniagaan di semua pasaran di seluruh dunia.

“Kepimpinan daripada kerajaan kita dalam memajukan ekonomi kita, kurang berpolitik dan kerja keras kita akan menjadi beberapa kaedah utama yang diperlukan untuk menghidupkan semula perniagaan dan ekonomi kita ke tahap pra-Covid,” katanya sambil memberitahu syarikat miliknya iaitu Sim Swee Yong Development and Construction S / B dan memegang jawatan sebagai pengarah.

Syarikatnya mempunyai kira-kira sembilan pekerja yang mendapat manfaat daripada program ini di bawah pelbagai syarikat bersekutu mereka.

Menurutnya, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, semua aktiviti perniagaannya ditutup.

Manakala, bilik pameran dan kedai tidak boleh dibuka semasa PKP dengan kakitangan tinggal di rumah dan tiada kerja yang dilakukan.

“Di tapak pembinaan, hampir semua kerja dihentikan dan kami hanya mempunyai beberapa pekerja keselamatan di lokasi tersebut.

“Ia sangat mengecewakan dan membimbangkan apabila PKP dipanjangkan tiga kali sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 4 Mei ketika beberapa kelonggaran diberikan untuk kerja pejabat kami disambung semula pada 12 Mei di Sarawak.

“Sekarang, kami bekerja dengan berhati-hati dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam garis panduan iaitu penjarakan sosial, kebersihan dan kesihatan,” ujar Sim.

Tambahnya, tidak ada pekerjaan yang dibenarkan, penjualan tidak dapat dilakukan.

Semua firma lain seperti firma undang-undang untuk membuat perjanjian mereka ditutup, pejabat kerajaan seperti Jabatan Tanah dan Survei ditutup sehingga pemindahan hak milik tanah dilakukan. Malah, pejabat setem ditutup itu juga menyebabkan perjanjian tidak dapat disahkan dan direkodkan secara rasmi.