Astro rebut peluang baharu jana nilai jangka panjang

PENGERUSI Astro Malaysia Holdings Bhd, Tun Zaki Tun Azmi

KUALA LUMPUR: Astro Malaysia Holdings Bhd akan merebut peluang baharu yang muncul susulan pemecahan industri media yang ketara dalam usaha menjana pulangan nilai jangka panjang untuk kalangan pemegang sahamnya.

Pengerusinya, Tun Zaki Tun Azmi berkata, ini termasuk memanfaatkan jangkauan pasaran yang luas serta kedudukannya sebagai peneraju kandungan Malaysia walaupun berdepan persaingan sengit dalam perebutan penstriman, penyahantaraan dan pendemokrasian kandungan, isu cetak rompak yang terus berleluasa serta perubahan sikap pelanggan.

“Pelanggan yang berdepan banyak pilihan sebaliknya mahukan jenama yang mudah, dikenali serta dipercayai bagi memenuhi keperluan hiburan baik di rumah serta (platform) lain.

“Inilah peranan Astro. Matlamat kami adalah untuk memberi perkhidmatan lebih baik kepada penonton, pendengar, pelanggan yang membeli-belah serta pengiklanan dengan mempertingkat nilai pelanggan di segenap produk dan perkhidmatan,” katanya menerusi Laporan Tahunan 2020 Astro.

Beliau berkata pada masa ini, dunia lebih menumpukan usaha menangani serta impak pandemik Covid-19 berkenaan.

Malah, pengalaman Malaysia sendiri turut menunjukkan kebergantungan kerajaan terhadap media sahih seperti Astro yang bukan setakat menyebarkan maklumat kepada orang ramai ketika krisis negara, tetapi turut menyanggah berita palsu yang memenuhi media sosial.

Menurutnya, platform Astro yang merentasi televisyen, radio dan digital turut membantu menyebarluaskan pesanan pelbagai agensi kerajaan berkaitan Covid-19 ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memastikan usaha barisan petugas barisan hadapan selain anggota tentera dan polis tidak disia-siakan.

Astro turut menawarkan saluran secara percuma kepada pelanggan dan khidmat penstriman Astro GO kepada semua rakyat Malaysia bagi memastikan masa mereka terisi sepanjang tempoh tersebut.

“Inisiatif ini mendapat sambutan baik dengan peningkatan jumlah tontotan di semua saluran TV dan pengguna baharu di Astro GO. “Berikutan penutupan sekolah di seluruh negara, kami turut membantu menerusi tiga saluran Tutor TV Astro dan program pendidikan yang disiarkan di TV Okey, saluran televisyen