Pihak berkuasa Thailand rampas dadah ‘ice’

DIRAMPAS… Pihak berkuasa Thailand merampas 250 kilogram dadah jenis ‘ice’ atau crystal methamphetamine dipercayai untuk diseludup ke negara jiran.

PATTANI: Pihak berkuasa Thailand merampas 250 kilogram dadah jenis ‘ice’ atau crystal methamphetamine dipercayai untuk diseludup ke negara jiran.

Ketua Biro Pencegahan Narkotik Thailand (NSB) Pol. Lt Jen Chinnapat Sarasin berkata pihak berkuasa menemukan dadah itu disembunyikan dalam 12 karung guni selepas sebuah lori diperiksa dalam satu sekatan jalan raya di daerah Chana, Songkhla pada 26 Jun.

Beliau berkata polis menahan pemandu lori yang mendakwa dirinya dibayar untuk menghantar dadah itu dari wilayah Pathum Thani di utara Bangkok ke selatan Thailand.

“Hasil soal siasat ke atas suspek itu membawa kepada penahanan dua lagi suspek pada 27 Jun.

“Pihak berkuasa turut menyita beberapa buah kenderaan termasuk lori, pikap, motosikal, barangan kemas bernilai 100 juta baht. Selain itu, sepucuk pistol turut dirampas,” katanya.

Ketiga-tiga suspek mempunyai rekod jenayah melibatkan kesalahan dadah.- Bernama