Gracia jurulatih baharu Valencia

JAVI GRACIA

VALENCIA telah melantik bekas bos Watford dan Malaga, Javi Gracia sebagai jurulatih baru mereka dalam perjanjian dua tahun, umum kelab La Liga Sepanyol itu semalam.

Jurulatih berusia 50 tahun itu menjadi bos sepenuh masa ketiga Valencia sejak awal musim La Liga yang baru berakhir, selepas pemecatan Marcelino pada September 2019 dan Albert Celades bulan lalu.

“Valencia CF telah mencapai kesepakatan dengan Javi Gracia, yang telah dilantik sebagai jurulatih pasukan utama pada hari Isnin, dalam perjanjian dua tahun hingga 30 Jun 2022,” kata kelab itu dalam satu kenyataan ringkas.

Gracia disingkirkan oleh Watford, yang diturunkan daripada Liga Perdana Inggeris pada hari Ahad, September lalu setelah permulaan kempen yang buruk, hanya empat bulan setelah membawa Hornets ke final Piala FA kedua dalam sejarah mereka, di mana mereka kalah 6- 0 kepada Manchester City.

Senarai bekas pasukannya juga termasuk pasukan dari Rusia, Rubin Kazan dan kelab dari Sepanyol, Malaga, Osasuna dan Almeria.

Valencia menduduki tempat kesembilan dalam La Liga musim ini, terlepas kelayakan ke pertandingan peingkat Eropah, dan tersingkir daripada Liga Juara-Juara UEFA di pusingan keua kepada kelab Itali, Atalanta. – AFP