Fotografi serlah kreativiti

PERSIAPAN dilakukan sebelum sesi fotografi dilakukan.

SETIAP kali ada majlis perkahwinan, pasti pasangan pengantin mahu mengabadikan hari tersebut dengan gambaran yang menarik. Untuk foto perkahwinan yang lebih terancang, rata-rata para pengantin bergegas ke lokasi tertentu selepas majlis perkahwinan.

Kebiasaannya lokasi seperti pantai, sungai, bukit, taman bunga dan lokasi yang tidak ramai orang menjadi pilihan agar gambar dianggap istimewa.

Menampilkan konsep outdoor untuk pengantin, Qassehku Bridal dengan kerjasama lima fotografer sambilan mengadakan sesi fotografi  bertemakan pengantin.

Sesi tersebut diadakan pada 15 Julai 2020 lalu bertempat di Taman Orkid, Petra Jaya.

Menurut Pengurus Qassehku Bridal, Sal Asri, idea mengadakan aktiviti sesi fotografi tersebut tercetus sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sebaik sahaja Perintah Kawalan Perintah Pemulihan (PKPP) dilaksanakan, beliau tidak melepaskan peluang untuk melaksanakan aktiviti tersebut.

Beliau akui bahawa, sebelum ini pendapatan butik pengantin dan jurugambar memang terjejas, namun mereka berusaha untuk bangkit semula.

“Sesi fotografi yang diadakan ini adalah untuk mengasah bakat setelah tiga bulan tidak turut padang di samping mencurah idea lebih segar daripada kebiasaan dengan membawa pengantin mengadakan sesi fotografi ‘outdoor’,” jelas beliau.

Tambah Sal Asri, melaku sesi fotografer tersebut bukan kerja mudah untuk merakamkan momen ‘outdoor’ kerana ia perlu dirancang dengan teliti dari setiap sudut fotografi.

“Berbeza dengan sesi fotografi perkahwinan yang lain, kami mahu sesi ini kelihatan berlainan kerana saya mementingkan padanan dari segi solekan, pakaian pengantin dan aksi ‘pose’ pengantin itu sendiri,” jelas Sal Asri yang menubuhkan Qassehku Bridal sejak empat tahun lepas.

Sesi fotografi tersebut menampilkan lima jurugambar iaitu Rosli Zainal Abidin, East Mansion (Abrol), Ronald Joseph, Gelang Merah (Rasmi) dan Ahmad Nasrullah.