Mariano diuji positif Covid-19

PENYERANG Real Madrid, Mariano Diaz (tengah) bersaing dengan pemain pertahanan Real Betis, Marc Bartra (kanan) semasa perlawanan La Liga Sepanyol antara Real Betis dan Real Madrid CF di stadium Benito Villamarin di Seville. • Foto AFP

PENYERANG Real Madrid, Mariano telah diuji positif Covid-19, kata juara La Liga Sepanyol itu semalam.

“Selepas ujian Covid-19 yang dilakukan kelmarin ke atas pemain bola sepak pasukan pertama kami oleh Real Madrid Medical Services, pemain kami Mariano, diuji positif,” kata Real dalam satu kenyataan.

“Pemain berada dalam keadaan sihat dan mematuhi protokol pengasingan di rumah.”

Mariano tidak menyertai skuad Real ketika pemain kembali daripada rehat pasca musim untuk memulakan latihan untuk pertembungan kedua pusingan kedua Liga Juara-Juara UEFA mereka di Manchester City pada 8 Ogos. Pemain berusia 26 tahun itu belum membuat sebarang penampilan dalam pertandingan musim ini.

Pemain antarabangsa Dominika, yang kembali ke Real pada tahun 2018 setelah musim yang berjaya di Lyon, bermain sedikit dalam musim La Liga yang baru selesai disebabkan persaingan tempat dan kecederaan.

Dia hanya membuat lima penampilan sebagai pemain gantian ketika Real memenangi kejuaraan Sepanyol ke-34, dan gol dalam masa kecederaan ketika menentang Barcelona. – AFP