Kes positif Covid- 19 ‘hantui’ Kuching FA

SESI latihan skuad Kuching FA terhenti seketika apabila salah seorang pemain mereka disah positif dijangkiti virus Covid-19 pada 23 Julai lalu.

Terbaharu, kem pasukan terbabit dikejutkan lagi apabila empat pemain lain yang turut dijangkiti virus berbahaya itu hasil ujian swab yang dilakukan Sabtu lepas (25 Julai).

Saingan Liga Premier 2020 akan disambung semula pada 26 Ogos ini dan melihat kepada jadual yang telah dikeluarkan oleh pihak MFL menyaksikan skuad Kuching FA akan menentang Selangor 2 di Stadium Sarawak, Petra Jaya pukul 8.15 malam.