Kansai Yamamoto meninggal dunia

KANSAI Yamamoto yang terkenal dengan rekaan ikonik busana David Bowie meninggal dunia pada usia 76 tahun akibat penyakit leukemia. • Foto AFP

NEW YORK: Pereka fesyen kelahiran Jepun, Kansai Yamamoto yang terkenal dengan rekaan ikonik busana David Bowie meninggal dunia pada usia 76 tahun akibat penyakit leukemia.

Bagaimanapun, kenyataan di laman web rasminya tidak menyatakan di negeri mana mendiang menghembuskan nafas terakhir.

Yamamoto yang terkenal dengan rekaan yang berwarna garang dan cerah itu selalu memasukkan gabungan rekaan tradisional Jepun dan teater kabuki dalam sentuhan fesyennya.

Yamamoto juga merupakan individu yang membantu menghasilkan rekaan buat watak ‘Ziggy Stardust’ kepada Bowie.

Dalam masa yang sama, Kansai dilihat sebagai pereka fesyen yang ‘high profile’ kerana berjaya membuka mata barat kepada pereka fesyen dari Jepun sehingga lahirnya pereka seperti Yohji Yamamoto, Issey Miyake dan Rei Kawakubo of Comme des Garçons.

Kansai juga merupakan pereka fesyen Jepun yang pertama mengadakan persembahan fesyen di London Fashion Week sekitar tahun 1971.

Estetika khasnya dalam menggunakan berbentuk skulptur, tekstur dan cetakan serta kombinasi warna yang menarik menarik perhatian industri.

Dalam satu entri di Instagram, anak perempuannya yang juga pelakon Mirai Yamamoto menyifatkan bapanya sebagai bukan hanya berjiwa ranggi seperti yang dikenali dunia, tetapi merupakan seorang bapa yang sangat penyayang.-AFP