Clijsters bakal warnai Terbuka AS

KIM Clijsters akan menyertai Terbuka AS bulan depan.

JUARA empat kali Grand Slam, Kim Clijsters antara empat pemenang kejuaraan major yang diberikan wildcard dalam senarai WTA bagi menyertai kejohanan Terbuka Amerika Syarikat (AS) di New York bulan depan.

Pemain Belgium berusia 37 tahun itu menyertai senarai wildcard bagi Terbuka Western and Southern disamping pemain Jepun, Naomi Osaka dan bintang Amerika, Williams, Sloane Stephens dan Caty McNally.

Acara berkenaan sepatutnya diadakan di Cincinnati dua minggu sebelum Terbuka AS, sebelum diubah ke Flushing Meadows dan akan bermula 20-28 Ogos di Pusat Tenis Nasional tanpa penonton berikutan pandemik Covid-19. Terbuka AS juga bermula di tempat sama pada 31 Ogos.

Clijsters membuat mengambil bahagian dalam perlawanan pertama di Dubai pada Februari dan diikuti Monterrey pada Mac.

Dia pertama kali bersara pada 2007 sebelum melakukan penampilan semula pada 2009, apabila dia memenangi kejuaraan Terbuka AS berturut-turut buat pertama kali selepas memperoleh yang pertama pada 2005.

Kim bekas pemain nombor satu dunia turut merangkul kejuaraan Terbuka Australia pada 2011 dan memperoleh pengiktirafan menerusi International Tennis Hall of Fame dengan 41 kejuaraan perseorangan.