Ronaldo beli Bugatti bernilai RM47.4 juta

CRISTIANO Ronaldo bakal miliki kereta Bugatti Centodieci bernilai £8.5 juta.

CRISTIANO Ronaldo dilaporkan sudah melengkapkan pembelian sebuah kereta Bugatti Centodieci bernilai £8.5 juta (RM47.4 juta).

Selepas spekulasi selama berbulan-bulan, bintang Juventus itu dikatakan sudah sah membeli kereta mewah itu.

Juventus meraih gelaran Serie A kali kesembilan berturut-turut dengan Ronaldo meledak 31 gol daripada 33 perlawanan liga setakat ini.

Bagaimanapun, Ronaldo perlu menunggu sehingga tahun depan apabila kereta itu diserahkan secara rasmi kepadanya.

Bugatti milik Ronaldo akan diwarnakan dengan warna hitam dan putih sebagai tanda kejayaan bintang Portugal itu membantu Juventus meraih kejayaan.

Bugatti Centodieci mempunyai keupayaan 0-100 kilometer sejam (kmh) hanya dalam tempoh 2.4 saat dan mampu mencecah kelajuan maksimum 380kmh.