MDS, PDRM, RELA pantau pematuhan SOP

PEMERIKSAAN… MDS dan RELA melakukan pemantauan dan pemeriksaan ke atas buku pendaftaran orang ramai di salah sebuah kedai makan di Bekenu, semalam.

BEKENU : Majlis Daerah Subis (MDS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) pantau wajib penggunaan pelitup muka yang merupakan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan Covid-19 di sekitar Pekan Bekenu semalam.

Jurucakap MDS, pemantauan itu dilakukan atas arahan kerajaan tentang penguatkuasa penggunaan pelitup muka berkuatkuasa pada 1 Ogos lalu.

Katanya, pemantauan telah dilakukan di TRC Bekenu, premis kecilan, kedai runcit dan kedai makan.

Pada awal pagi semalam. pihak mereka juga melakukan pemantauan di pasar Simpang Bekenu dan Tamu Kampung Beraya di Jalan Persisiran Pantai Miri-Bintulu.

Pemantauan berterusan akan dilakukan di Sepupok Niah, Batu Niah dan Simpang Batu Niah di Jalan Miri-Bintulu yang turut disertai oleh PDRM dan RELA Bekenu.

“Semasa pemantauan di semua kawasan, pihak MDS menasihati orang ramai wajib memakai pelitup muka dan perlu diambil bacaan suhu badan sebelum memasuki kedai.

“Orang ramai dinasihati supaya mematuhi SOP dan kita tegas dalam pemantauan ini terutamanya di kawasan tumpuan orang ramai seperti tamu, pasar ikan dan kedai makanan,” katanya.

Pada masa sama, ketika pemantauan semalam diadakan mendapati orang ramai memberi kerjasama dengan pemakaian pelitup muka.

Para perniaga juga didapati menyediakan pengimbas suhu badan dan buku pendaftaran.