Hamilton juara guna tiga roda

PEMANDU dari Britain, Lewis Hamilton, memandu jentera Mercedes beliau dengan tayar pecah menuju ke garisan penamat untuk menjuarai Grand Prix Formula Satu Britain di litar perlumbaan motor Silverstone di Silverstone, tengah England. Hamilton hanya melintasi garisan dengan tiga tayar untuk mengalahkan Max Verstappen daripada pasukan Red Bull. Penyandang juara dunia itu meraih kemenangan Grand Prix Britain ketujuh beliau ketika Charles Leclerc daripada pasukan Ferarri berada di tempat ketiga dan Daniel Ricciardo dari Renault di tempat keempat. • Foto AFP

PENDAHULU kejuaraan dunia, Lewis Hamilton terselamat daripada drama pusingan terakhir yang tegang dengan tayar yang pecah dan lusuh untuk meraih rekod kemenangan ketujuh dalam Grand Prix Britain kelmarin.

Juara dunia enam kali itu mendahului perlumbaan daripada mula sehingga ke bendera penamat, dan melalui campur tangan dua Car Safety, sebelum dia mengalami kegagalan tayar kiri depan di pusingan terakhirnya, meninggalkannya untuk memandu kereta Mercedes ke garisan penamat dengan Max Verstappen yang berada di tempat kedua pantas mengejar dalam kereta Red Bull beliau.

Pemandu dari Belanda itu mewarisi tempat kedua ketika rakan sepasukan Hamilton, Mercedes Valtteri Bottas, dengan selesa berada di tempat kedua untuk sebahagian besar perlumbaan, dilanda masalah yang sama, di bahagian depan kirinya mengempis di pusingan kedua terakhir.

Bottas  dari Finland kembali ke pits dan menamatkan saingan tanpa sebarang mata di tempat ke-11 ketika saingannya memperlahankan kereta mereka untuk mengekalkan tayar  masing-masing, Charles Leclerc yang memandu Ferrari menduduki tempat ketiga di belakang Verstappen di hadapan Daniel Ricciardo dari Renault dan Lando Norris dari McLaren.

Rakan sepasukan Norris, Carlos Sainz juga menjadi mangsa pecat tayar pada pusingan akhir perlumbaan yang menarik yang menyaksikannya jatuh dari tangga keempat hingga ke-13.

Esteban Ocon menduduki tempat keenam dalam kreta Renault kedua di hadapan Pierre Gasly dari Alpha Tauri, Alex Albon di Red Bull kedua, Lance Stroll of Racing Point dan juara empat kali Sebastian Vettel, dalam musim terakhirnya bersama Ferrari.

Kemenangan Hamilton adalah yang ke-87 sepanjang kariernya dan membolehkannya berada empat di belakang rekod Michael Schumacher 91.

“Dalam beberapa pusingan terakhir, saya mula memperlahankan rentak dan kemudian di pusingan terakhir, ia hanya mengempis,” kata Hamilton.

“Hati di mulut. Saya hampir tidak berjaya melepasi dua selekoh terakhir.”

Ia juga merupakan kemenangan ketujuh Mercedes dalam lapan edisi terakhir Grand Prix Britain.

Dalam kejuaraan pemandu, Hamilton mendahului dengan 88 mata selepas empat perlumbaan, mendahului 30 di hadapan Bottas yang tidak bernasib baik. – AFP