Penghuni risau kewujudan serangga berbisa

PELINDUNG DIRIā€¦ Anggota bomba lengkap berpakaian pelindung diri naik ke atas bumbung dapur menggunakan tangga.

BINTANGOR: Kewujudan serangga berbisa yang membuat sarangnya di hujung bumbung tingkat atas salah sebuah rumah di Jalan Sungai Bakong disini merisaukan penghuni rumah tersebut.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, PPgB Nicholas Belulin, penghuni rumah tersebut bertindak menghubungi pihaknya pada Khamis lalu untuk bantuan memusnahkan sarang serangga berbisa.

“Kami nenerima panggilan kecemasan pada jam 6.28 petang.

“Tiga anggota bomba diketuai PBK II Adam Gauk segera ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan tersebut,” katanya kepada pemberita.

Katanya, setibanya dilokasi, pasukan bomba naik ke atas bumbung dapur rumah terbabit untuk memusnahkan sarang serangga itu.

“Tiga tin racun serangga telah digunakan untuk memusnahkan sarang serangga tersebut.

“Setelah sarang tersebut berjaya dimusnahkan dan lokasi berada dalam keadaan selamat, pihak bomba bertolak balik ke balai,” ujarnya.