Skip to content
UTUSAN SARAWAK

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • SEMASA
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • GLOBAL
  • BISNES
  • SUKAN
  • SADA IBAN
  • STAIL
  • WACANA PENGARANG
  • WBS
  • Home
  • Dibenarkan kuarantin di rumah tanpa warga emas
  • TEMPATAN

Dibenarkan kuarantin di rumah tanpa warga emas

Utusan Sarawak April 20, 2020 1 min read

KUCHING: Kuarantin di rumah selama 14 hari bagi rakyat Sarawak yang balik dari Semenanjung, Sabah,Labuan boleh dilaksanakan jika tiada warga emas yang menetap di rumah tersebut.

Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Cawangan Kuching, Sim Kiang Chiok berpendapat kuarantin di rumah adalah lebih baik namun harus tanpa warga emas tinggal bersama.

“Arahan untuk kuarantin di rumah ini juga dapat menjimatkan ruang di pusat kuarantin yang boleh digunakan untuk orang lain.

“Dan ia juga dapat mengurangkan kos untuk kerajaan,” kata beliau semalam.

Katanya lagi, jika seseorang itu dikuarantin di rumah, individu tersebut sudah tentu berada dekat dengan keluarganya dan hal ini boleh mengurangkan tekanan emosi yang dialami.

Sabtu lalu, Timbalan Ketua Menteri , Datuk Amar Douglas Uggah berkata, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) telah memutuskan berkuatkuasa pada 20 April 2020, semua rakyat Sarawak yang balik dari Semenanjung , Sabah, Labuan akan di kuarantin selama 14 hari di rumah dan akan dipantau oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Bagi mereka yang tidak mempunyai rumah di mana mereka tiba di Kuching,Sibu, Bintulu dan Miri, mereka akan ditempatkan di pusat Kuarantin yang telah disediakan.

“Sebagai contoh, jika individu tersebut dari Sri Aman namun tiba di Kuching, dan tidak mempunyai rumah di Kuching, beliau akan ditempatkan di pusat kuarantin,” katanya.

Continue Reading

Previous: Agihan bantuan DUN Kalaka, Krian selesai
Next: Bekalan air di Kapit kembali pulih

Kategori

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
Utusan Sarawak | MoreNews by AF themes.