Semarak perpaduan menerusi riadah

PENGERUSI penganjur program kayuhan ambang Hari Kemerdekaan Malaysia ke-63, Ahmad Zuraimi Sakawi

PROGRAM Kayuhan Ambang Kemerdekaan Ke-63 dianjurkan bagi menyemarakan semangat perpaduan dalam kalangan peserta dan masyarakat di sekitar bandaraya Kuching dan serian yang menjadi laluan untuk program kayuhan tersebut, kata Pengerusinya, Ahmad Zuraimi Sakawi.

Beliau berkata,program tersebut khusus untuk semua pengemar-pengemar sukan riadah berbasikal di sekitar bandaraya Kuching.

“Peserta adalah seramai 200 orang untuk yang ada di sini dan akan ada peserta yang menunggu di sepanjang perjalanan.

“Dijangkakan seramai 250 peserta yang mengikuti kayuhan kali ini daripada kelab-kelab di bandaraya Kuching seperti Kelab Berbasikal Matang Jaya dan kita juga membuat kerjasama dengan Persatuan Berbasikal Sarawak, Persatuan Berbasikal Bahagian Kuching dan kelab-kelab berbasikal yang lain.

“Kita juga mendapat sokongan daripada Akademi Binaan Malaysia (ABM), Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dan Sarawak Tourism yang  turut memberi sokongan padu kepada program-program yang kita anjurkan,” katanya.

Menurut Ahmad Zuraimi, menerusi program tersebut, pihaknya turut menjadikan ia sebagai antara platform untuk mempromosikan pelancongan sukan di bandaraya Kuching dan Serian.

“Peserta-peserta yang mengikuti program ini  terdiri daripada perbagai bangsa kaum dan etnik yang terdapat di sarawak.Jadi secara tidak langsung kita telahpun berjaya menerapkan elemen perpaduan dalam program kayuhan ini.

“Itu penting kerana Kuching juga sebagai bandaraya perpaduan dan kita mahu pertengahkan kebanyakan program pelancongan berkaitan perkara itu,” katanya ketika ditanya pemberita pada program pelepasan Kayuhan Ambang Kemerdekaan di perkarangan Masjid Al-Abyad, Taman Matang Jaya, di sini, kelmarin.