Media sosial pilihan cara berkempen

CALON Barisan Nasional Shahelmey Yahya yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat, beramah mesra dengan penduduk setempat ketika berkempen bagi Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN) semalam. DUN Tanjung Keramat akan menyaksikan pertandingan lima penjuru antara Faezah Ibnu calon LDP, Mohd Salleh Lamsin (USNO), Ira Uzair (PCS), Rosdy Wasli (AMANAH) dan Shahelmey (BN.) •Foto BERNAMA

KOTA KINABALU: Calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat, Shahelmey Yahaya memilih bergerak dalam kumpulan kecil untuk memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 semasa berkempen.

Beliau berkata cara sedemikian lebih praktikal dan sesuai ketika ini kerana negara masih dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Semasa berkempen saya bersama beberapa anggota jentera parti akan berkempen dari rumah ke rumah, selain beramah mesra dengan peniaga di premis perniagaan yang ada di kawasan ini.

“Ketika berkempen saya lebih kepada memperkenalkan diri kepada semua pengundi dengan mengedarkan risalah kerana saya merupakan calon muka baharu yang bertanding di kerusi DUN baharu Tanjung Keramat,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di kawasan premis kedai di Putatan, dekat sini semalam.

Tanjung Keramat, satu daripada 13 DUN baharu di Sabah dan dibawah kawasan Parlimen Putatan, mempunyai 14,350 pengundi.

Shah elmey berdepan pertandingan lima penjuru bersama Rosdy Waslidari Amanah,Mohd Salleh Lamsin dari Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Ira Uzair dari Parti Cinta Sabah (PCS) dan Faezah Ibnu dari Parti Liberal Demokratik (LDP).

Katanya, dalam masa terdekat ini beliau akan turut mengunak an platform media sosial untuk berkempen, khususnya kepada pengundi muda.

“Saya rasakan ini adalah inisiatif yang sesuai untuk berkempen kepada golongan muda yang lebih banyak menggunakan media sosial,” katanya.


Beliau berkata, misi dan visinya untuk Tanjung Keramat ialah berteraskan tiga perkara iaitu meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat,membangunkan sumber manusia berasaskan ilmu pengetahuan serta menggiatkan aktiviti ekonomi dan perniagaan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk.

D i t a n y a m e n g e n a i k e y a k i n a n n y a u n t u k menang, beliau berkata berdasarkan maklum balas dan penerimaan pengundi di kawasan itu selepas tiga hari berkempen,keyakinan untuk menang adalah tinggi.

“Semasa berkempen, saya lihat para pengundi menerimasaya dengan baik namun saya perlu bekerja keras untuk memastikan kemenangan berpihak kepada saya,” katanya.-Bernama