Covid-19 ragut lebih 921,600 nyawa

ANGKA korban akibat Covid-19 terus meningkat.• Foto AFP

AMERIKA SYARIKAT: Angka korban akibat Covid-19 terus meningkat.Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kematian meningkat lebih 5,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Jumlah kumulatif kematian global akibat Covid-19 kini melebihi angka 921,000.

Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 193,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan 131,000 kes, manakala India dan Mexico masing-masing merekodkan 78,000 dan 70,000 angka korban.

United Kingdom pula bergelut dengan 41,000 kes.

Itali, Perancis dan Peru berkongsi angka korban melebihi 30,000 kes.

Sepanyol, Iran dan Colombia pula merekodkan angka lebih 20,000 kes korban.

Lain-lain negara masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.-AFP