Kejohanan e-Sukan Piala Datuk Sebastian

DATUK SEBASTIAN TING

MYAC / WX Production telah mengadakan Kejohanan E-sukan iaitu bagi merebut Piala Datuk Sebastian Ting Musim Ke-2 bersempena sambutan Hari Malaysia yang ke-57.

Pertandingan telah diadakan pada 12 dan 13 September sehingga esok bertempat di Permaisuri Imperial City Mall, Miri di sini.

Terdapat dua kategori dipertandingkan iaitu Mobile Legend Bang Bang (MLBB) dan Player Unknown Battleground (PUBG).

Seramai 500 orang menyertai pertandingan ini yang mana sebanyak 32 kumpulan dibuka kepada MLBB manakala 68 kumpulan lagi dibuka kepada PUBG.

Tujuan utama pertandingan ialah memberi kesedaran kepada belia tentang betapa pentingnya Hari Malaysia ini terhadap rakyat Sarawak.

Hari Malaysia merupakan hari yang sangat bersejarah kerana ia merupakan hari peringatan penubuhan persekutuan Malaysia yang bertarikh pada 16 September 1963.

Di samping itu, penganjuran pertandingan ini turut memaparkan penglibatan aktif para belia dalam sambutan Hari Malaysia yang ke 57 ini.

Pertandingan telah ditaja sepenuhnya oleh Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.

Turut menghadiri pertandingan tersebut ilah Presiden Sarawak Esports Association (SESA) Afiq Fadhli Narawi sebagai tanda sokongan kepada penganjuran E-Sukan seumpama ini.

Oleh Akmal Adib Yusup