Banjir: Berhati-hati bahaya elektrik

SALAH satu pencawang tenggelam di SK Nanga Bawai, Kapit yang terpaksa ditutup kerana banjir.

KUCHING: Sarawak Energy memantau keadaan banjir di Sarawak dengan rapi susulan hujan lebat dan berterusan di beberapa kawasan.

Keutamaan menyedia utiliti adalah untuk menjaga keselamatan rakyat daripada bahaya elektrik dan akan mengambil langkah-langkah yang diperlukan.

Sarawak Energy akan mematikan bekalan ke pencawang dan kemudahan lain tanpa pemberitahuan terlebih dahulu semasa banjir atau jika kenaikan air menyebabkan keadaan berbahaya.

Bekalan kuasa hanya akan dipulihkan apabila selamat untuk melakukannya.

Orang ramai diminta untuk mengamalkan langkah keselamatan susulan hujan lebat atau paras air yang meningkat untuk mengurangkan risiko sekiranya berlaku banjir.

Sebelum banjir, matikan bekalan elektrik di papan suis utama ketika tanda awal kenaikan air dan pindahkan peralatan elektrik pada kedudukan tinggi.

Ketika banjir, elakkan menggunakan peralatan elektrik, jangan pergi berhampiran pemasangan elektrik yang tenggelam iaitu tiang, pencawang, transformer dan lain-lain.

Selain itu, jika berada dalam perahu di kawasan banjir, berhati-hatilah dengan talian elektrik. Sungai yang melimpah boleh menaikkan paras air lebih dekat dengan garis tekanan tinggi.

Selepas banjir, berhati-hati dengan tiang elektrik yang jatuh, jauhkan dari talian kabel elektrik yang jatuh kerana ia mungkin masih hidup, jangan cuba mengoperasikan peralatan elektrik jika terendam dalam banjir kerana ini boleh menyebabkan letusan elektrik atau kebakaran dan minta juruelektrik yang berkelayakan untuk memeriksa pendawaian rumah dan bangunan sebelum menghidupkan bekalan utama.

Oleh Cheryl Law