7 rumah panjang di Baram terjejas banjir

BENCANA…Tinjauan melalui udara di kawasan yang terjejas banjir, kawasan Sungai Tutoh Long Panai oleh pasukan operasi Udara,Miri diketuai Kapten Badrul Hisham Bahar Shah.

MARUDI : Sebanyak tujuh kawasan rumah panjang di kawasan Parlimen P. 220 Baram dinaiki air semalam ekoran hujan lebat di hulu yang berterusan dan limpahan air sungai yang memasuki ke sembilan kawasan rendah.

Menurut kenyataan Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri, Tuan Law Poh Kiong kawasan terlibat ialah Klinik Kesihatan, sementara SK Long Sobeng tidak dapat beroperasi disebabkan banjir.

Kawasan terjejas banjir ialah Rh. Unsam Ancha, Sg Nunuk Nat, Ulu Teru Tinjar (9 pintu) dengan ketinggian air tiga kaki, Rh Kalong Goh, Ulu Teru Tinjar (65 pintu) dengan ketinggian tiga kaki, Rh Manggi Adam, Long Tisam (34 pintu) dengan ketinggian empat kaki dan Rh Dullah Tawas Kampung Matek Ulu Teru Tinjar (20 pintu) dengan ketinggian empat kaki.

Rumah panjang lain yang turut terjejas banjir ialah SK Long Sobeng dengan paras air satu hingga dua kaki, Klinik Ulu Teru, Ulu Teru Tinjar dengan paras air 65cm hingga 75 cm, Rh Mathew Sigat Ligong Lubuk Kelambu, Ulu  Teru Tinjar (35 pintu) dengan paras air sedalam tiga kaki, Rh Kajan Sigeh, Long Teru Tinjar (49 pintu) ketinggian tiga kaki dan Rh Ugak Kalang, Sg Nat ULU Teu Tinjar  (25 Pintu) dengan ketinggain air tiga kaki.

Sementara kawasan yang terjejas banjir di daerah Telang Usan ialah Kampung Long Bemang, Apoh Tutoh (100 pintu) dan Sk Long Bemang.

Oleh Jiku Juguong