Dadah bernilai RM2.5 juta dirampas

SIDANG MEDIA… Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Melaka Supt Zulkiflee Rashid (dua, kiri) bercakap pada sidang media berkenaan dadah dipercayai syabu bernilai RM2.5 juta di dalam 50 bungkusan serbuk teh bagi mengaburi pihak berkuasa di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka Ayer Keroh semalam. Foto BERNAMA

MELAKA: Taktik menyembu- nyikan dadah dipercayai sya- bu bernilai RM2.5 juta di dalam 50 bungkusan serbuk teh bagi mengaburi pihak berkuasa gagal dengan tertangkapnya tiga lelaki dalam serbuan berasingan di Johor dan Klebang Kechil, Jumaat lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Je- nayah Narkotik (JSJN) Melaka Supt Zulkiflee Rashid ber- kata, dalam serbuan itu, JSJN Bukit Aman dan JSJN Melaka menahan tiga suspek ber-umur 27 hingga 56 tahun an- tara pukul 7.40 malam hingga 8.40 malam.

Beliau berkata, suspek berumur 56 tahun yang juga seorang kontraktor ditahan bersama anaknya, seorang penganggur berumur 27 ta- hun di kawasan parkir di se- buah pangsapuri di Klebang Kecil, manakala seorang lagi suspek, juga penganggur ber- umur 49 tahun ditahan di Benut, Pontian, Johor.

“Dengan tangkapan ini, polis berjaya menumpaskan satu aktiviti pengedaran da- dah didalangi warga tempatan di sekitar Melaka dan merampas sejumlah 51.8 kilogram dadah disyaki sya-bu dipercayai untuk pasaran tempatan dan negara jiran.

Polis menemukan 50 bung- kusan, iaitu 20 bungkus daripadanya di but sebuah kereta, manakala 30 bungkusan di tempat kaki belakang se- buah lagi kereta,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di sini semalam.

Zulkiflee berkata, semua suspek direman tujuh hari sehingga 2 Oktober ini dan kes disiasat mengikut Sek- syen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung mandatori, jika sabit ke- salahan.
Katanya, semua suspek mempunyai rekod berkaitan kes dadah dan jenayah lampau. – Bernama