Wanita cedera parah kemalangan

ROSAKā€¦ Antara kereta mengalami kerosakan teruk selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Batu Kawa, Kuching, semalam.

KUCHING: Seorang wanita cedera parah setelah terlibat dalam satu kemalangan yang melibatkan tiga kereta di Jalan Batu Kawa berhadapan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Stapokdi sini, semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Negeri berkata, pihak menerima panggilan melalui MERS 999 sekitar 6.17 pagi berhubung kemalangan tersebut dan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi, Komander Operasi melaporkan terdapat kemalangan melibatkan tiga kereta iaitu Proton Satria, Perodua Kelisa dan Perodua Kancil.

“Kemalangan dipercayai berpunca dari kereta Proton Satria yang berpusing sebelum melibatkan Perodua Kancil dan Perodua Kelisa di laluan berkenaan.

“Kemalangan tersebut mengakibatkan salah seorang wanita yang menaiki Perodua Kancil mengalami cedera parah,” jelasnya.

Beliau berkata, pasukan bomba bertindak menstabilkan mangsa yang telah dikeluarkan orang awam sebelum ketibaan passukan bomba.

“Mangsa berada dalam keadaan trauma dan parah.

“Pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) seterusnya menghantar tiga mangsa (pemandu dan penumpang Perodua Kancil dan pemandu Proton Satria) ke hospital menggunakan EMRS untuk tindakan lanjut.

“Sementera, tiga mangsa lain dibawa menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut” katanya.

Oleh Alexandra Lorna