Boulevard Shopping Mall anjur peraduan cabutan bertuah

HADIAH LUMAYAN… Toyota Vios antara hadiah yang bakal diberikan kepada pelanggan dalam Peraduan Cabutan Bertuah “Buy & Drive” akan datang.

KUCHING: Boulevard Shopping Mall (Kuching) akan menganjurkan peraduan cabutan bertuah “Buy & Drive” sebagai penghargaan kepada pelanggan atas kesetiaan dan sokongan berterusan mereka.

Peraduan ini akan bermula pada 9 Oktober 2020 sehingga 7 Februari 2021.

Setiap pembeli layak mendapatkan satu tiket cabutan bertuah dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM50 dalam satu resit di mana-mana kedai dalam Boulevard Shopping Mall (Kuching).

Tiket cabutan bertuah boleh diperolehi di Kaunter Cabutan Bertuah di Aras Bawah. Tiket cabutan bertuah mesti dilampirkan bersama dengan resit.

Cabutan bertuah melebihi RM100,000 untuk dimenangi!

Hadiah-hadiah lumayan yang disediakan berupa baucer tunai yang bernilai melebihi RM20,000 dan sebuah Toyata Vios.

Untuk maklumat atau pertanyaan lanjut mengenai cabutan bertuah ini, sila hubungi Jabatan Perancangan Aktiviti Boulevard pada 082-461388 atau layari laman Facebook Boulevard Shopping Mall, Kuching.