Clearogout,kurangkan paras asid urik,cegah sakit gout

SERANGAN gout adalah rasa sakit yang teruk, bengkak dan kekejangan sendi, terutamanya di ibu jari kaki disebabkan oleh asid urik berlebihan dalam badan dan sendi.

Berita baik untuk penghidap gout. Anda kini boleh mengucapkan selamat tinggal kepada serangan gout yang menyeksakan dengan mengambil larutan oral terbaru, Clearogout, untuk mengurangkan paras asid urik dan mencegah sakit gout.

Bacalah artikel 2 minit ini dan ketahui bagaimana untuk menyingkirkan asid urik daripada tubuh badan secara berkesan dan mencegah kesakitan gout yang perit dan menyeksakan…

MENCEGAH SAKIT GOUT

Apabila anda menghidap gout, pergerakan yang sedikit pun boleh menjadi sangat menyeksakan. Ibu jari kaki anda akan terasa sangat nyeri sehingga pemakaian sarung kaki pun menyebabkan sakit yang tidak tertahan.

Demikianlah betapa serangan gout berpotensi menjadi serius dan menyakitkan.

Gout ialah jenis keradangan sendi yang paling kerap berlaku yang disebabkan oleh timbunan asid urik yang tinggi di dalam badan.

Apabila asid urik terkumpul, ia membentuk kristal di kawasan sendi dan tisu lalu menyebabkan rasa sakit gout.

Ciri-ciri sakit gout termasuklah sakit yang teruk dan mengejut, rasa nyeri, warna kemerah-merahan, rasa panas serta bengkak.

Asid urik ialah sisa perkumuhan yang berpunca daripada pengambilan makanan tinggi purin, sejenis bahan yang terkandung dalam daging merah, kerang-kerangan dan alkohol.

Oleh sebab itu, gout pada suatu ketika dahulu dikenali sebagai ‘penyakit orang kaya’. Hal ini demikian kerana gout berpunca daripada pengambilan makanan dan alkohol secara berlebihan yang hanya mampu dinikmati oleh orang-orang berada.

Hakikatnya, gout boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang.

Gout menyerang lelaki dan wanita pada pelbagai peringkat umur

Menurut suatu tinjauan yang dibentangkan di Kongres Reumatologi Tahunan Eropah 2019, 1 dalam 4 penderita gout tidak didiagnosis kecuali selepas mengalami empat atau lebih serangan.*

Gout lebih kerap dihidapi oleh lelaki berbanding wanita. Hal ini demikian kerana estrogen, sejenis hormon wanita menyebabkan asid urik dikumuhkan secara semula jadi melalui air kencing.

Bagaimanapun, apabila wanita ketandusan estrogen selepas menopaus, paras asid urik mereka mula meningkat, sekali gus meningkatkan risiko mereka untuk menghidap gout.

Serangan gout boleh dialami dalam bentuk rasa sakit yang kuat serta sendi yang membengkak dan/atau kejang, terutamanya di ibu jari kaki.

Rasa sakit ini juga boleh dirasai di bahagian jari, pergelangan tangan, siku, lutut dan buku lali. Simptom-simptom lain termasuklah anggota yang terjejas menjadi radang, kemerah-merahan, terlebih sensitif serta terasa nyeri.

Serangan secara tiba-tiba dan kuat (“kemarakan simptom”) paling teruk dalam tempoh 4-12 jam pertama selepas permulaan simptom.

Serangan gout boleh berlaku pada bila-bila masa, namun ia paling kerap menyerang  tanpa amaran pada waktu tengah malam.

Jika dibiarkan tanpa rawatan, serangan yang menyakitkan boleh berulang atau menjadi semakin parah. Ia juga boleh menyebabkan kerosakan sendi yang membawa kepada masalah pergerakan.

Apabila gout menyerang, pesakit terpaksa mengambil cuti sakit dan terlantar di rumah. Oleh sebab pesakit tidak dapat bergerak secara bebas dengan sendirinya, hal ini menjadikan aktiviti harian sukar dan janggal, contohnya mandi dan pergi ke tandas.

Harapan baharu untuk penderita gout

Perubahan gaya hidup dan pemakanan adalah penting untuk penderita gout. Tangani gout dengan minum lebih banyak air, mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi purin dan mengekalkan berat badan yang sihat. Dapatkan nasihat pakar untuk pengesahan diagnosis dan sekiranya simptom berterusan.

Walau bagaimanapun, ada suatu berita baik. Penderita gout kini boleh mengucapkan selamat tinggal kepada serangan gout yang menyeksakan dengan mengambil larutan oral Clearogout untuk menurunkan paras asid urik dan mencegah sakit gout.

Hentikan rasa sakit gout

Clearogout ialah sejenis peneutral asid yang memecahkan kristal asid urik yang terkumpul di dalam sendi. Ia mengurangkan dan mencegah pengumpulan kristal asid urik, sekali gus meredakan simptom-simptom gout yang menyakitkan.

Dibungkus dalam paket yang menyenangkan pengguna, Clearogout boleh diambil di mana jua. Tidak seperti jenama lain, ia sesuai dan selamat untuk semua kerana tidak mengandungi sebarang gula atau pemanis tiruan (contoh: sakarin, aspartame dan sebagainya).

Golongan yang akan menerima manfaat daripada Clearogout termasuklah penderita gout, individu dengan paras asid urik yang tinggi dan mereka yang kerap mengambil makanan tinggi purin.

Clearogout boleh didapati di farmasi-farmasi utama di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.livewell2u.com.     MAL20172747XC     KKLIU 0065/2020

*Rujukan: Annual European Congress of Rheumatology (EULAR 2019), Madrid, Spain, 12-15 June 2019. Gout Patients Suffer in Silence with Low Expectations of Treatment