COVID-19:Kes lepasi 38 juta

NEW YORK: Kes Coviid-19 Hopkins University, jumlah kes global mencecah 38,006,121 dengan 1,083,875 kematian setakat 6.24 petang waktu tempatan (2224 GMT).

Amerika Syarikat melaporkan 7,850,829 kes dan 215,775 kematian, kedua-duanya tertinggi di dunia. India di tempat kedua dalam kes tertinggi dengan 7,175,880 kes dan Brazil ketiga sebanyak 5,103,408. Bagaimanapun, Brazil berada di kedudukan kedua tertinggi untuk jumlah korban iaitu 150,689 orang.

Ketiga-tiga negara berkenaan menyumbang lebih separuh daripada keseluruhan kes global. 

Negara dengan lebih 820,000 kes termasuk Rusia, Colombia, Argentina, Sepanyol, Peru dan Mexico manakala negara yang mencatatkan kematian melebihi 36,000 ialah India, Mexico, Britain dan Itali. 

Sementara itu, Bank Dunia pada semalam mengumumkan Lembaga Pengarah Eksekutifnya meluluskan US$12 bilion untuk membiayai pembelian dan pengedaran vaksin, ujian saringan dan rawatan Covid-19 kepada negara-negara membangun, lapor Agensi Berita Xinhua.

Pembiayaan itu bertujuan menyokong program vaksinasi untuk sejuta orang, sebahagian pakej Bank Dunia keseluruhan bernilai US$160 juta sehingga Jun 2021 bagi membantu negara-negara membangun memerangi pandemik, menurut satu kenyataan. 

Pembiayaan baharu itu untuk program tindak balas kecemasan Covid-19 Bank Dunia yang meliputi 111 negara.

“Kami meningkatkan bantuan sehingga negara-negara membangun memiliki akses terhadap vaksin,” kata Presiden Kumpulan Bank Dunia David Malpass.

Kes Covid-19 global melepasi 38 juta pada Selasa malam, dengan lebih sejuta kematian dilaporkan, menurut data Johns Hopkins University.

Dalam laporan terbaru Prospek Ekonomi Dunia dikeluarkan pada Selasa, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) meramalkan ekonomi global menguncup sebanyak 4.4 peratus pada 2020, memberi amaran mengenai krisis ini kemungkinan besar akan berlarutan untuk tempoh masa yang panjang dan tidak menentu.-Bernama