Jalin kerjasama dalam persidangan

PENGARAH Eksekutif Persatuan ACEC, Channing Yang menjawab soalan para wartawan semasa sesi sidang akhbar di pejabat ACEC, Kuching semalam. • Foto ANDRE OLIVEIRO.

KUCHING: ‘Asia-Belt and Road Cultural and Educational Cooperation Promotion Association AsiaChina Education and Culture Association (ACEC)’, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Perubatan Anhui (AHMU) akan mengadakan penyelidikan saintifik China-ASEAN di Kuching dari 25 hingga 26 November nanti dalam ‘Persidangan Pertukaran dan Kerjasama Pendidikan’ dan akan melancarkan ‘University ASEAN Tour Exhibition Belt and Road.’

Menurut Pengarah Eksekutif ACEC, Channing Yang, persidangan ini akan dilakukan secara hibrid di UiTM Kampus 2, Kota Samarahan.

“Sesi persidangan antarabangasa diadakan pada 25 November dan akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Persidangan ini bertemakan ‘ Strengthening China-ASEAN International Cooperation in Scientific Research and Education under the New Crown Epidemic,” katanya pada sidang media, semalam.

Tambahnya, persidangan ini menyediakan platform kepada Kerajaan Sarawak, ahli perniagaan dan orang ramai dari seluruh pelosok negara memperkukuhkan kerjasama dalam pencegahan wabak dan pemulihan ekonomi berdasarkan pendidikan dan penyelidikan kerjasama sekali gus mempromosikan pembangunan serantau.

“Di samping itu, pada 26 November pula, universiti dan institusi penyelidikan dari pelbagai negara akan mengambil bahagian dalam forum  untuk membina kerjasama platform penyelidikan dan pendidikan di negara domestik dan ASEAN.

“Selain itu, memperdalam promosi perkongsian kerjasama ‘Belt and Road’ dalam mewujudkan kesan jangka panjang,” ujarnya.

Persidangan yang bertajuk ‘2020 China-ASEAN Conference on Scientific Research and Education Cooperation and Exchange (InnoSTRE) and One Belt One Road University ASEAN Touring Exhibition’ ini disokong oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Kementerian  Belia dan Sukan Sarawak, Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Jabatan Pendidikan Sarawak, Biro Konvensyen Sarawak, Konsulat Jenderal Republik Rakyat China di Kuching, dan Kerajaan Provinsi Phuket Thailand,  Kementerian Pendidikan Thailand, Kerajaan Sunbass Indonesia, Kementerian Pendidikan Bandung serta Konsulat Jenderal Indonesia di Kuching.

Acara kedua persidangan akan diadakan di Phuket, Thailand dari 2 hingga 3 Disember nanti dan lawatan dari universiti China akan berterusan sehingga tahun depan, akhir Mac 2021.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh emel kepada innostrre2020@acecassociation.org atau layari laman sesawang www.acecassociation.org (ACEC).

Oleh Nur Ain Otsman