Tun Taib terima kunjungan Abdul Rahman

TUN Taib menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Pengelola Majlis Kesyukuran dan Zikir Maulid serta Majlis Perasmian Taman Islam Darul Hana, Majlis Perhimpunan Maulidur Rasul dan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak 1442H/2020M di Demak Jaya, semalam.

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Pengelola bagi Majlis Kesyukuran dan Zikir Maulid serta Majlis Perasmian Taman Islam Darul Hana, Majlis Perhimpunan Maulidur Rasul dan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak 1442H/2020M, di Demak Jaya, semalam.

Rombongan diketuai Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara) dan Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan Yang DiPertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha selaku penasihat bersama majlis.

Tujuan kunjungan hormat adalah untuk menjemput Tun Taib ke Majlis Kesyukuran dan Zikir Maulid  serta Majlis Perasmian Taman Islam Darul Hana, Majlis Perhimpunan Maulidur Rasul dan menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Tilawah  dan Menghafaz Al-Quran Peringkat  Negeri Sarawak 1442H/2020M.

Majlis Kesyukuran dan Zikir Maulid serta Perasmian Taman Islam Darul Hana akan diadakan di Masjid Darul Hana, Petra Jaya pada 28 Oktober ini manakala bagi Majlis Perhimpunan Maulidur Rasul akan diadakan pada 29 Oktober 2020 di Dewan Majma Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, Kompleks Islam, Kuching.

Bagi Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak Tahun1442H/2020M pula, ia akan diadakan pada 7 November depan hingga Majlis Penyampaian Hadiah pada 10 November di Dewan Majma Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, Kompleks Islam, Kuching

Turut hadir dalam kunjungan hormat ini ialah Residen Bahagian Kuching, Sherrina Hussaini dan Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak, Khalidi Ibrahim. -TAMAT.

Gambar 1 – Tun Taib menerima Kunjungan Hormat daripada Jawatankuasa Pengelola Majlis Kesyukuran dan Zikir Maulid serta Majlis Perasmian Taman Islam Darul Hana, Majlis Perhimpunan Maulidur Rasul dan  Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak 1442H/2020M di Demak Jaya, semalam.