PMNS hulur sumbangan

FAIZAL BUJANG

PERSATUAN Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) dengan kerjasama Persatuan Jurufoto Media Sarawak (SPPA) telah menghulur sumbangan kepada anggota Polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Sumbangan sebanyak 200 bungkus makanan yang juga juadah untuk berbuka puasa kepada anggota terbabit. Presiden PMNS, Jumaat Ibrahim memberitahu, ia merupakan program tahunan pihaknya dengan jalinan kerjasama SPPA.

“Kita telah mengagihkan bubur lambuk serta makanan lain kepada anggota terlibat untuk berbuka puasa ketika menjalankan tugas,” ujar Jumaat. Sambil mengucap jutaan terima kasih kepada persatuan berkenaan atas sokongan diberikan dalam mengagihkan sumbangan berkenaan.