25 pegawai, anggota bomba sertai kursus CFBT

TINGKATKAN ILMU…Sebahagian anggota bomba yang menyertai kursus Compartment Fire Behaviour Training (CFBT) Siri 1/2020 yang diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng, Miri

MIRI: Seramai 25 pegawai dan anggota bomba menjalani Kursus Compartment Fire Behaviour Training (CFBT) Siri 1/2020 yang diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)Lopeng di sini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri, Law Poh Kiong berkata, kesemua peserta datang dari BBP Marudi, BBP Batu Niah, BBP Miri Sentral dan BBP Lopeng serta melibatkan ketua-ketua balai.

“Dalam tempoh kursus tiga hari ini, para pelatiih dilatih mendalami ilmu kimia kebakaran dan praktikal untuk melawan dan mengawal kebakaran menggunakan kaedah Offensive Internal Fire Fighting (OIFF) iaitu melawan dan memadam kebakaran dari dalam bangunan dan mengurangkan water damage serta mengawal bahan bukti kebakaran dari musnah oleh air atau tercemar,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Kursus tersebut disampaikan oleh tiga tenaga pengajar dari Pejabat JBPM Zon 6 Miri iaitu Pegawia Forensik, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Mohd Suhaili, Pegawai Operasi Zon Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Jessbent Jenus dan Pegawai Keselamatan Kebakaran Zon 6 Miri, PPgB Surantona.

Oleh Liong Chai Ling