Dugaan berganda untuk Joseph

SAMBUTAN Gawai Dayak tahun ini pastinya menghadir suasana hiba buat bintang sensasi Kuching FA, Joseph Kallang Tie dan keluarga. IA berikutan pemergian buat selama-lamanya abang tersayang ‘Ambrose Tie Siew Gao’, 43 yang meninggal dunia pada Sabtu lalu (25 April). Menurut Joseph, mendiang abangnya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU)
Hospital Umum Sarawak pada 5 April lalu kerana jangkitan kuman.

“Paru-paru serta jantung mendiang abang saya dijangkiti kuman yang turut melarat ke bahagian otak. “Di samping itu beliau mempunyai masalah buah pinggang dan disahkan meninggal dunia Sabtu lalu,” kata Joseph ketika mengulas mengenai perkara itu.

Apapun kata Joseph,pemergian mendiang abangnya itu memberi tamparan hebat buat dirinya dan keluarga. “Memang teramat sedih apabila abangnya disahkan meninggal dunia, namun saya tabah menghadapi semua ini,” tambah Joseph. Sambil mengakui jenazah mendiang abangnya dikebumikan di kampung halaman mereka, Long Ikang, Baram, Miri.