MHPS capai bahagian pasaran teratas

SISTEM FGD bagi Loji Kuasa Kozienice (Poland).

JEPUN: Mitsubishi Hitachi Power Systems, Ltd. (MHPS), mencapai bahagian pasaran teratas bagi sistem penyahsulfuran gas serombong (FGD) pada tahun 2019, dengan memperolehi 37.2 peratus daripada pasaran global.

Menurut satu laporan penyelidikan pasaran terkemuka, untuk tempoh enam tahun yang terakhir, MHPS telah memperolehi bahagian pasaran terkemuka dunia dengan 37 peratus, dengan menyampaikan sistem itu dengan gabungan output 51.010 MW.

Ini adalah kali kelima MHPS telah memperoleh bahagian pasaran teratas di dalam tempoh ini.

MHPS telah menyatukan teknologi persekitaran bagi loji kuasa terma yang telah dibangun dan dikumpulkan oleh Mitsubishi Heavy Industries, Ltd. (MHI) dan Hitachi, Ltd., dengan menyediakan syarikat itu dengan keupayaan untuk menawarkan sebuah Sistem Kawalan Kualiti Udara (AQCS) bersepadu yang terdiri daripada FGD, Pengurangan Pemangkinan Terpilih (SCR) untuk denitrifikasi, dan Pemendak Elektrostatik (ESP) bagi sistem pengumpulan habuk.

Pemusatan ini telah membentuk satu asas bagi MHPS sebagai satu-satunya pengeluar di dunia yang dapat menawarkan cadangan secara bersendirian dan menyediakan sistem ini.

Teknologi mereka yang terkemuka di dunia yang dapat dengan banyaknya mengurangkan bahan pencemar udara seperti sulfur oksida (SOx), nitrogen oksida (NOx), dan bahan zarahan, sekali gus membantu meningkatkan persekitaran global dengan ketara.

MHPS telah menghantar lebih daripada 300 sistem FGD kepada pasaran global.

“Kami telah mengembangkan perniagaan itu dengan menyediakan teknologi dan panduan di negara dan wilayah di mana permintaan untuk AQCS termaju telah meningkat seiring dengan pembangunan ekonomi, dan menerapkan teknologi ini di dalam projek-projek pembangunan bersama dengan Mitsubishi Shipbuilding Co., Ltd. untuk peralatan penyahsulfuran bagi kapal-kapal. MHPS juga mempunyai bahagian pasaran global terkemuka bagi sistem SCR, dan adalah merupakan sebuah peneraju industri,” katanya dalam kenyataannya semalam.

Bergerak ke hadapan, dengan didorong oleh sokongan kuat yang ia diterima daripada pelanggan yang telah menghasilkan di dalam bahagian pasaran yang begitu besar, MHPS akan memberikan tumpuan yang lebih kepada usaha mereka  pada penerapan AQCS secara meluas dan pada masa yang sama menilai dengan tepat keperluan pelanggan, serta menyediakan jaminan tenaga yang penting kepada pembangunan ekonomi, menggalakkan penyahkarbonan tenaga, dan menyumbang kepada pemeliharaan persekitaran global. – Bernama