Stadium Mukah lokasi riadah popular

JAGA JARAK… Pengunjung stadium.

SEPERTI dijangka Stadium Mukah telah dipilih penduduk tempatan untuk tempat bersenam dan beriadah pada waktu petang.

Justeru pembukaannya pada pertengahan bulan Jun lalu telah melegakan orang ramai kerana ia adalah satu-satunya kemudahan seumpanya di kawasan ini.

Menurut Jurulatih Bolasepak Pusat Cemerlang Zon Tengah Mukah, Jamal Wasli, kebanyakan memilih untuk beriadah di stadium kerana bersenam di sana lebih selamat.

“Ia saya rasa yang pertama mereka memilih untuk berjoging atau bersenam di sini adalah kerana di stadium agak selamat dibandingkan dengan berlari-lari atau berjalan di jalan raya dan sebagainya. Kadang-kadang kemunculan anjing liar juga boleh menjadi ancaman,” katanya.

Selain itu, ujarnya, ia memanglah kemudahan disediakan oleh pihak berkuasa untuk penduduk beriadah  atau menjalani aktiviti-aktiviti sukan.

“Perasana di stadium lain daripada di tempat lain kerana orang datang ke sini mempunyai tujuan yang sama, dan tak ada istilahnya yang merasa terganggu. Saya secara pribadi pun memang memilih untuk berjalan-jalan atau jogging di sini. Permandangannya memang cukup berlainan. Terima Kasih kepada kerajaan menyediakan kemudahan seperti ini bukan kerana saya ini memang ahli sukan atau meminat sukan, akan tertapi banyak kelebihan jika kemudahan seperti ini disediakan untuk kesejahteraan rakyat,” ujar bekas pemain bolasepak Sarawak ini.

Sementara itu, seorang lagi jurulatih bolasepak tempatan, Henry Anie, menyatakan mereka memang memilih untuk berlatih di sana kerana kemudahan tersebut   memang sesuai  untuk aktiviti sukan.

Justeru, katanya, ia harus  digunakan dengan sebaik mungkin kerana bukan semua tempat di luar bandar mempunyai kemudahan seperti itu.

“Selain berlatih kita juga sering mengadakan perlawanan persahabatan, dan memang diakui bermain di sini perasaan berlainan, suasana yang tenang mungkin kerana ia jauh sikit daripada tepi jalan,” katanya.

Manakala, Setiausaha Kelab Lion Mukah, Ting Chew Yii, menyatakan dia akan datang ke stadium untuk besenam tiap-tiap petang.

“Saya akan berjalan-jalan keliling trek balapan ini. Di sini saya merasa tenang dan selamat dibanding dengan berjalan di jalan raya seperti yang kita sering lakukan sebelum dibinanya stadium ini. Dalam masa yang sama, apa yang penting untuk kesihatan juga, di stadium lebih bagus  kerana kita menghidu asap kenderaan. Dulu kita tidak melihat asap itu boleh menjejaskan kesihatan dan hanya memikir  yang penting bersenam itu bagus untuk kesihatan ,” kata Ting.

Justeru, katanya, untuk  bersenam amatlah penting kerana ia boleh menghilang ketegangan dan sebagainya setelah sehari penuh berniaga di kedai perabot milik keluarganya.

“Maka, setiap hari setelah saya tutup kedai Perabot kami kira-kira jam 6 petang saya terus pergi sini. Itu adalah rutin saya kecuali cuaca tidak mengizinkan atau saya di luar kawasan,” tambahnya lagi.

Pengawal Keselamatan yang ditempatkan di pintu masuk stadium,  Simon Dubin, menyatakan setiap  pengunjung itu akan melalui pemeriksaan suhu.

“Dan bagi mereka yang tidak  menggunakan My Sejahtera nama-naam mereka akan direkodkan. Kita buka dari Isnin dan Jumaat  pada 5petang hingga 7 malam, dan hujung minggu, Sabtu dan Ahad,  jam 6 pagi-9 pagi, dan petang 5 hingga 7 malam,” kata Simon.

Adalah difahamkan selain daripada ahli-ahli sukan, mereka yang sering mengunjung adalah pejawat awam dan swasta serta pelajar-pelajar untuk bersenam atau kata lain demi kesihatan.

Oleh kerana ini masih dalam masa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP), pengunjungnya tidak lah seramai seperti sedia kala.

Menurut Pegawai Penguasa Pejabat Kemterian Belia dan Sukan Sarawak(KBS) Bahagian Mukah, Timothy Dominic  Atong, stadium itu dibuka semula mulai 17 Jun lepas.

“Jumlah pengunjung dalam satu masa adalah terhad untuk memudahkan pemantauan pematuhan SOP yang ditetapkan,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, pada pemulaan pembukaan semenjak ditutup kerana PKP dahulu,    mereka  menghadkan seramai 50 orang sahaja dalam satu masa.

“Seperti mana yang terdapat di tempat lain, pematuhan SOP itu akan diutamakan untuk keselamatan dan kesihatan bersama. Kanak-kanak berusia 12 tahun dan kebawah, warga emas dan OKU tidak dibenarkan masuk ke dalam stadium,” katanya.

Beliau menambah bahawa mereka akan menempatkan pengawal keselamatan untuk menjalankan pemeriksaan di laluan masuk stadium.

“Orang ramai yang hendak masuk ke stadium akan diperiksa suhu mereka dan menulis nama termasuk nombor talipon. Jika pemeriksaan pertama mendapati suhu 37.5  keatas kita arahkan beliau untuk duduk sekejap. Dan kalau suhu tetap sedemikan untuk pemeriksaan kedua kita akan nasihatkan orang itu untuk terus pergi ke klinik,” tambahTimothy.

Selain daripada padang-padang sekolah, sebuah lagi padang bolasepak yang terkenal di sini ialah Padang Mesra MDDM Mukah.

Pernah dijolokan sebagai Padang Keramat Mukah, ia  berkonsepkan padang terbuka dan tidak sesuai untuk dijadikan tempat beriadah selain untuk permainan bolasepak. Selain itu, padang mesra yang tidak mempunyai kemudahan trek  ini juga  dikelilingi oleh jalan raya dan berdekatan dengan pusat bandar.

Oleh Henry Siyu