Senduduk, tumbuhan penawar pelbagai penyakit

SENDUDUK ungu.

SENDUDUK merupakan sejenis tumbuhan rumpai iaitu pengkelasan dibawah keluarga Melastomaceae.

Ia banyak terdapat di Malaysia dan tumbuh merata di kawasan seperti semak di dalam kebun, tepi kolam, tepi parit, kawasan lapang , dusun dan sebagainya. 

Lazimnya, tumbuhan ini tumbuh berkelompok di kawasan tanah yang ada tanaman dan dikategorikan sebagai cepat membiak jika tidak dikawal. 

Terdapat beberapa jenis senduduk yang sering kita lihat seperti Senduduk Ungu dan Senduduk Putih

Pokok ini mampu tumbuh sehingga melebihi ketinggian sehinga satu  meter dalam kawasan yang sesuai terutama diatas tanah lapang yang subur. 

Batangnya berkayu dengan berwarna coklat dan mampu mencapai ukurlilit batang sehingga 3-4 cm jika capai ketinggian satu meter dan ia mempunyai banyak cabang. 

Daun senduduk lazimnya adalah berwarna hijau gelap, berbentuk lonjong dengan permukaan daun yang agak berbulu serta tebal. 

Daun senduduk mempunyai lendir jika dihancurkan atau dilumatkan ia sangat sesuai untuk memberhentikan darah jika dibubuh apabila luka-luka kecil. 

Cara terbaik ialah dengan ambil daun senduduk segar yang sederhana tua dan kunyah dalam mulut kemudian letakkan pada luka dan darah akan serta merta berhenti. 

Bunga senduduk terdiri dari lima kelopak yang berkembang pagi hari dan warnanya cantik yang akan menarik serangga untuk hinggap. 

Akar senduduk merupakan akar tunjang dan akar serabut yang sangat kuat. 

Buah senduduk berwarna coklat, berbentuk seperti cawan, berangkai dan mengandungi banyak biji berwarna hitam serta rasa manis jika dimakan.

Kaedah pembiakan senduduk ialah secara semulajadi iaitu dengan buah senduduk dimakan oleh binatang terutamanya burung dan akan diberakkan dilokasi lain. 

Benih senduduk yang banyak akan bercambah dikawasan baru apabila mendapat situasi sesuai. 

Buah senduduk juga dimakan oleh serangga lain seperti semut, kerengga, binatang lain dan sebagainya. 

Serangga ini juga mempu membiakan senduduk. 

Buah senduduk yang matang juga akan gugur apabila kering dan jatuh ketanah. 

Benih-benih tersebut akan tumbuh atau di bawa aliran arus air ke kawasan lain. 

Daun senduduk kering yang direbus dengan air panas dan kemudian ianya diminum sepanjang pantang bagi wanita bersalin sangat baik untuk mengecutkan rahim sehingga habis waktu pantang. 

Amalan meminum air rebusan senduduk juga membantu untuk menjadi penawar kepada penyakit buasir. 

Rebusan air, batang dan akar senduduk suam yang diminum suam-suam juga mempunyai keupayaan mengurangkan sakit gigi jika dikumur-kumur. 

Air tersebut juga mampu mengurangkan lenguh-lenguh badan dan sakit sendi jika diamalkan.

Oleh Nur Ain Otsman