Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • SEMASA
  • TEMPATAN
  • PRU-15
  • KATEGORI
    • SEMASA
    • PRU-15
    • TEMPATAN
    • RENCANA
    • ADVERTORIAL
    • WILAYAH
    • NASIONAL
    • STAIL
    • WBS
    • BISNES
    • SADA IBAN
    • GLOBAL
    • SUKAN
    • JENAYAH & MAHKAMAH
    • KEMALANGAN & KEBAKARAN
  • GALERI
    • SEKITAR HARI MENGUNDI PRU-15
    • Sekitar Hari Penamaan Calon PRU-15
    • CALON GPS
  • Home
  • Polis tumpas sindiket judi dalam talian
  • NASIONAL

Polis tumpas sindiket judi dalam talian

Utusan Sarawak 3 years ago

KUALA LUMPUR, 27 April -- Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal (kanan) bersama Ketua Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Petaling Jaya ASP Mohd Suhaime Azaman (kiri) menunjukkan sebahagian 56 telefon bimbit dan enam komputer riba pada sidang media berhubung kejayaan pihak Polis menumpaskan sindiket perjudian atas talian di Ibu Pejabat Daerah Petaling Jaya hari ini.
 --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

KETUA Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal (kanan) bersama Ketua Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Petaling Jaya ASP Mohd Suhaime Azaman (kiri) menunjukkan sebahagian 56 telefon bimbit dan enam komputer riba pada sidang media berhubung kejayaan pihak Polis menumpaskan sindiket perjudian atas talian di Ibu Pejabat Daerah Petaling Jaya semalam.
Foto BERNAMA

PETALING JAYA: Polis berjaya menumpaskan satu sindiket judi dalam talian yang dipercayai mampu mengaut keuntungan sehingga RM50,000 sehari, selepas menahan 12 individu warga China, termasuk dua wanita, dalam serbuan di sebuah bangunan kondominium di Seksyen 17, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, serbuan pada kira-kira jam 5.30 petang yang membawa kepada penahanan suspek berumur 23 hingga 33 tahun itu, dilaksanakan hasil risikan awam.

“Serbuan pertama di sebuah unit kediaman di tingkat 20 kondominium itu berjaya menahan lapan lelaki. Hasil soal siasat seorang suspek membawa kepada serbuan kedua di tingkat 21, serta penahanan dua lelaki dan dua wanita,” katanya dalam persidangan media di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, di sini semalam.

Beliau berkata, polis merampas pelbagai peralatan yang diguna suspek untuk menjalankan kegiatan perjudian dalam talian, antaranya 56 telefon bimbit, enam komputer riba dan wang tunai pelbagai matawang asing bernilai RM38,620.

Menurutnya, siasatan polis mendapati sindiket yang telah beroperasi sejak bulan Februari lepas itu menjadikan unit kediaman di kondominium berkenaan sebagai pusat panggilan, dan menyasarkan pemain dari China.

“Hasil soal siasat juga mendapati suspek yang berperanan sebagai operator kegiatan ini menerima gaji mencecah  RM10,000 sehingga RM13,000 sebulan. Kesemua suspek yang dipercayai masuk menggunakan pas pelancong ini kini direman empat hari untuk siasatan mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya. – BERNAMA

About Post Author

Utusan Sarawak

See author's posts

Continue Reading

Previous: Pelajar IPTS, IPTA balik kampung mulai malam Isnin
Next: Polis sahkan MP Klang diberi notis ingkar PKP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.