Dua maut, pesawat kecil terhempas

MISI MENYELAMAT… Anggota penyelamat sedang menyiasat pesawat kecil yang terhempas ketika membawa bantuan untuk mangsa taufan eta di selatan Guatemala City.• Foto AFP

GUATEMALA CITY: Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh apabila sebuah pesawat kecil yang mengangkut makanan kepada mangsa ribut tropika Eta terhempas.

Pesawat itu terhempas sekitar tengah hari, beberapa minit selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa La Aurora di ibu negara dalam perjalanan ke Alta Verapaz.

Punca nahas masih belum diketahui.

Satu mayat ditemui di lokasi kemalangan dan seorang lagi mangsa meninggal dunia setelah dibawa ke hospital tempatan.

Salah seorang yang mati dikenal pasti sebagai juruterbang.

“Kami dapat menyelamatkan seseorang yang berada di dalam pesawat dan dipindahkan ke Institut Keselamatan Sosial Guatemala dengan kesan luka melecur tahap pertama, kedua dan ketiga, dalam keadaan yang sangat kritikal,” kata Gerardo Martinez, jurucakap bomba.

Kemalangan itu memaksa penutupan persimpangan kenderaan di Zon 9 ibu kota Guatemala, lokasi bangkai pesawat jatuh.-AFP