‘Kapit nadi pembangunan zon tengah’

SERAH…Presiden FAS, Dato Posa Haji Majais (kanan) menyerah bola tajaan pihak FAS kepada Guru Besar SK Cardinal Vaughan, Puan Bita anak Jungan (kiri) pada majlis tersebut.

FAIZAL BUJANG

PENUBUHAN Akademi Bola Sepak Sekolah Kebangsaan (SK) Cardina Vaughan Song Junior Leopards dilihat langkah yang amat tepat.

Bukan sahaja memperlihatkan proses kearah terlaksananya impian dalam mentranformasi pembangunan sukan bola sepak dikawasan zon tengah ketika ini.

Pada masa sama mampu menjadikan Bahagian Kapit sebagai lubuk dalam mengeluar bakat baharu dalam sukan paling diminat di dunia ketika ini.

Demikian dinyatakan Presiden Persatuan Bola Sepak bahagian Kapit (KAPFA), Nichol Agoi.

Berucap pada Majlis Perasmian Akademi Bola Sepak Sekolah Kebangsaan (SK) Cardina Vaughan Song Junior Leopards, Nichol menegaskan, satu langkah yang amat tepat dilaksanakan oleh pihak sekolah berkenaan dalam menubuhkan akademi berkenaan.

Menurut Nichol, badan induk (KAPFA) yang diterajui oleh beliau bersama barisan exco yang ada sedia menyokong perlaksanaan program berkenaan.

“Kita (KAPFA) akan sentiasa menyokong terhadap perlaksanaan program berkenaan. Ia langkah yang cukup bagus untuk memastikan pembangunan sukan bola sepak di negeri ini sentiasa mendapat tempat,” ujar Nichol.

Sambil mengakui usaha pihaknya itu juga jelas mendapat sokongan padu badan induk tertinggi iaitu Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS).

Presiden FAS, Dato Posa Haji Majais menegaskan, mengambil kira usaha dilakukan ahli gabungan itu dalam melaksana pelbagai program bola sepak di peringkat akar umbi ketika ini.

Pihaknya kata Dato Posa, merasa bangga dengan inisiatif dengan penubuhan akademi berkenaan.

“Secara tidak langsung saya melihat usaha dilakukan pihak KAPFA mampu menjadi medan untuk melahirkan lebih ramai pemain baharu berbakat,” ujar beliau.