Enam rumah panjang terima cek MRP

MANFAATKAN…Whelton Lumpoi menyerahkan cek MRP bagi DUN Bukit Begunan kepada para penerima pada majlis ringkas penyerahan bantuan kerajaan itu di Rumah Panjang Bangkong, Pantu, Sri Aman.

PANTU: Sejumlah enam rumah panjang di sini telah menerima cek peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Begunan yang mencatat nilai keseluruhan sebanyak RM69,000.

Enam penerima cek berkenaan adalah Rumah Sering Salang dari Bangkong, Rumah Joseph Enja dari Bangkong Asal, Rumah Laham dari Bangkong Baru, Rumah Lani dari Empelanjau Asal, Rumah Nimong dari Empelanjau Atas dan Rumah Dohan dari Empelanjau Batu Asal.

Cek-cek berkenaan telah diserah kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Biro Wanita (BW) untuk setiap rumah panjang itu setelah ia dilulus oleh ADUN Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang pada program rasmi sebelum ini.

JKKK Rumah Sering Salang telah menerima cek bernilai RM7,000 dengan BW organisasi itu pula menerima cek bernilai RM3,000 manakala JKKK Rumah Joseph Enja dan BWnya masing-masing menerima cek bernilai RM10,000 dan RM5,000.

Cek bernilai RM5,000 dan RM2,000 diserah kepada JKKK Rumah Joseph Enja dan BWnya manakala cek bernilai RM10,000 dan RM5,000 pula diserah kepada JKKK Rumah Lani serta BW organisasi itu.

JKKK Nimong dan BW organisasi itu pula masing-masing menerima cek bernilai RM10,000 dan RM4,000 manakala JKKK Dohan juga bersama BWnya menerima cek bernilai RM5,000 dan serta RM3,000.

Kesemua cek berkenaan diserahkan oleh Pembantu Khas kepada ADUN Bukit Begunan, Whelton Lumpoi pada satu majlis ringkas yang berlangsung di Rumah Sering Salang, Bangkong di sini, baru-baru ini.

Turut hadir, Ahli Majlis dari Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) dan ketua kaum di sini.

Oleh VALENTINE NGUMBANG