HGST berhasrat melabur RM1 bilion di Sarawak

PERBINCANGAN…Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada mesyuarat pertemuan dengan Hitachi Global Storage Technologies (HGST), semalam.

KUCHING: Hitachi Global Storage Technologies (HGST) berhasrat untuk mengembangkan industri bernilai RM1 bilion di Sarawak.

HGST Malaysia Sdn Bhd telah memberi penerangan mengenai rancangan ini kepada Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan semalam.

Awang Tengah yang merupakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan mendedahkan bahawa beberapa syarikat multi-nasional di Sama Jaya secara aktif merancang pengembangan mereka dalam Dewan Rakyat (DUN) baru-baru ini.

“HGST yang dimiliki oleh Western Digital telah berada di Sama Jaya selama 25 tahun dan berhasrat untuk merancang pengembangan mega.

“Terutama ketika pandemik Covid-19 menunjukkan keyakinan pemilik dari Amerika Syarikat terhadap kepimpinan Sarawak,” kata beliau yang juga Menteri kedua untuk Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Sarawak.

Perluasan baharu ini akan digunakan sepenuhnya dan memerlukan 800 pekerja mahir.

Ini secara tidak langsung akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan di Sarawak dan meningkatkan kadar pekerja mahir di sini.

HGST pada masa kini mempunyai lebih kurang 1800 pekerja di Sama Jaya yang mana 10.8 peratus merupakan pemegang Ijazah dan Master.

Manakala, 26.3 peratus merupakan graduan Sijil dan Diploma manakala selebihnya adalah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ke atas.

Pembinaan di Sama Laju dijangka bermula pada awal tahun 2021.

Turut hadir,  Menteri Muda Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana, Datuk Mohd Naroden Majais, Menteri Muda Pembangunan Perindustrian, Datuk Malcolm Mussen Lamoh, Setiausaha Tetap kepada MINTRED, Datuk Liaw Soon Eng, Pengarah MIDA Sarawak, Redzuan Rahman, dan Pengurus Besar Lembaga Air Kuching, Rodziah Mohamad.

Oleh ASYRAF HALIM