Selanyau ungguli juara

TAHNIAH… Ripin Lamat merakam kenangan bersama pasukan Selanyau yang selaku juara pada kejohanan itu kelmarin.

PASUKAN Badminton lelaki dan wanita Selanyau muncul juara dalam kategori masing-masing pada Kejohanan Badminton Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Lambir yang berlangsung kelmarin.

Juara kategori lelaki iaitu Selanyau A telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM3,000 dan piala.

Naib johan dimenangi oleh Kejapil B di ketuai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat dengan menerima hadiah wang tunai RM2,000 bersama piala.

Tempat ketiga dan keempat dimenangi oleh Kejapil A dan Keluru A masing menerima hadiah wang tunai RM1,500 dan RM1,000 serta piala.
Kategori Wanita, Selanyau A selaku juara berjaya membawa pulai hadiah wang tunai sejumlah RM1,500 dan piala.=
Tempat kedua dimenangi oleh Tiris B dengan menerima hadiah RM1,000 dan piala.

Tempat ketiga dan keempat dimenangi oleh Beraya A dan B yang masing-masing menerima hadiah RM700 dan RM500 serta piala kejohanan.
Antara kampung yang menyertai kejohanan itu ialah Kampung Terahad, Kelulit dan Subak.

Lokasi kejohanan telah diadakan di dua gelanggang berasingan iaitu di Kejapil dan Selanyau dengan kesemua hadiah kejohanan telah disampaikan oleh Ripin Lamat.

Sehubungan itu, Ripin Lamat turut membuat cadangan akan menganjurkan kejohanan sama untuk kategori sekolah rendah dan menengah pada masa akan datang.

Oleh ADUM LIU