S’wak capai 23 peratus kecemerlangan STEM

KUNJUNGAN HORMAT … Datuk Amar Michael Manyin telah menerima kunjungan hormat daripada wakil Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Batu Lintang dan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tebedu dan Pengetua SMK Matang Jaya di Kuching.

Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di semua sekolah rendah dan sekolah menengah pada tahun 2020.

Menurut Menteri Pendidikan Sains Penyelidikan dan Teknologi Sarawak, Datuk Amar Michael Manyin Jawong, ia menunjukkan peningkatan pada tahun ini.

“Sarawak telah mencapai 23 peratus pada tahun ini berbanding tahun lalu (2019) di mana Sarawak hanya mencapai antara 21 peratus hingga 22 peratus,” ujarnya.

Berikutan dengan peningkatan tersebut, Sarawak beliau berharap bahawa Sarawak dapat mencapai 40 peratus kecemerlangan STEM di semua sekolah rendah dan sekolah menengah dalam dua atau tiga tahun akan datang.

Tambah beliau, peratusan tersebut menghampiri sasaran nasional 60 peratus di Malaysia.

Dalam pada itu, Datuk Amar Michael Manyin telah menerima kunjungan hormat daripada wakil Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Batu Lintang dan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tebedu dan Pengetua SMK Matang Jaya di Kuching, semalam.

Kunjungan tersebut dilakukan bagi menyerahkan sijil penghargaan dan penerangan mengenai perancangan program STEM di seluruh negeri Sarawak untuk 2021.

Oleh RYNNA SHA’ERRA