KPLEMB perluaskan pengetahuan penanaman kelapa pandan wangi

MENYEMBUR RACUN SERANGGA… Mohd Syafi zuddin Shafi e kelihatan menyembur racun serangga pada sebahagian pokok cili yang sudah ditutup menggunakan pinggan plastik bagi mengelakkan lebihan air pada musim tengkujuh. • Foto BERNAMA

BEKENU: Ahli kumpulan Koperasi Pembangunan Logan Enseluai Miri Berhad (KPLEMB) menuntut ilmu penanaman Kelapa Pandan Wangi di Kampung Ranchah Ranchah di sini, semalam.

Rombongan KPLEMB diketuai Willie Gawan Frinkie Tanggai bersama 15 ahlinya yang ingin mengusahakan ladang kelapa telah mendapat taklimat daripada Arbi Jukin selaku ketua projek kelapa di Kampung Ranchah Ranchah.

Arbi Jukin ketika ditemui Utusan Sarawak berkata, Projek Kelapa Pandan Wangi ini telah bermula pada 2019 melalui Peruntukan ADUN Bekenu dan bantuan teknik daripada Jabatan Pertanian.

Katanya, keluasan projek tersebut adalah hampir 50 ekar dan mempunyai lebih 4,000 pokok kelapa pandan wangi yang diusahakan oleh penduduk kampung ini.

“Dalam seekar luas tanah boleh menanam sebanyak 80 pokok dan jarak pokok ke pokok adalah 20 hingga 30 kaki seperti yang disyorkan oleh pihak Jabatan Pertanian.

“Kelapa pandan wangi ini akan mengeluarkan basil dalam masa tiga tahun, tetapi di sini terdapat pokok baru berusia dua tahun telah mengeluarkan basil,” jelasnya.

Tambahnya, tanah yang subur dan mempunyai aliran air yang baik serta pemberian baja kepada kelapa akan mempercepatkan pengeluaran basil.
“Sepokok kelapa ini mengeluarkan setandan kelapa dengan hasil antara 15 hingga 25 biji pada setiap bulan.

“Harga pasar sebiji kelapa pandan adalah di antara RM2.00 hingga RM4.00,” katanya lagi.

Justeru, pada 2022 kelak bahawa Kampung Ranchah Ranchah ini mampu mengeluarkan buah kelapa sejumlah 1,000 biji dalam masa sehari.

Sementara itu, ketua rombongan iaitu Willie ketika ditemui berkata, bahawa ahli-ahlinya telah tertarik dan berminat untuk mengusahakan projek kelapa pandan.

Pada masa sama, langkah pertama pihak koperasi ini adalah berusaha giat mencari dan mendapat ilmu pertanian serta maklumat penting dalam cara penanaman kelapa yang lebih teratur dan berkesan, jelasnya.

Oleh ADUM LIU