H&L Retail Sdn. Bhd. umum pemenang peraduan Beli & Menang

ENAM pemenang hadiah utama.

KUCHING: H&L Retail Sdn. Bhd. menyambut ulang tahun ke-61 dengan membawa kembali “Peraduan Beli & Menang” tahunan dengan hadiah yang bernilai RM 61,000 untuk direbuti.

Pemenang peraduan Beli & Menang Ulang Tahun ke-61 diumumkan pada 20 Disember 2020 (semalam) di Kuching Sentral.

Sebagai sebahagian daripada perayaan Ulang Tahun H&L, enam pemenang utama dan 94 pemenang saguhati berbentuk produk elektrik bernilai RM19,000 dipilih dalam cabutan bertuah.

Pemenang utama memenangi baucher hadiah H&L bernilai RM 16,800 diikuti dua pemenang tempat kedua dengan baucer hadiah H&L bernilai RM 7,200 seterusnya tiga pemenang tempat ketiga memenangi baucher hadiah H&L bernilai RM 3,600.

Pegawai Pemasaran H&L Retail, Lianny Bujang berkata, acara tahunan ini adalah salah satu cara untuk menghargai pelanggan tersayang kerana telah memberikan sokongan tanpa henti sejak 61 tahun yang lalu.

“Walaupun dalam tempoh yang mencabar dan sedang dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh kerajaan tahun ini, kami tetap mendapat sokongan berterusan dari pelanggan tersayang,”katanya.

Menurutnya lagi, H&L akan membuka cawangan terbesarnya di Petra Jaya pada bulan Januari 2021.

“Kami berhasrat untuk memyediakan tawaran hebat ‘Lagi Syok, Lagi Best, Lagi Xtra’ untuk semua pelanggan kami,” ujarnya.

“Jadi kami berharap agar para pelanggan sentiasa menantikan serta mengikuti perkembangan kami melalui media sosial kami,” tambahnya.

Oleh ‘AINI ‘AFIFAH HAFIZ