Projek penanaman pokok pulihara Bung Jagoi

PARA peserta mengabadikan kenangan bersama pokok yang mereka tanam. Dari kiri, Dr. Jason Ho, Jim Wisco, Andrew Cheng, James Lopaz, Jusi Migan, Jack Liam.

Peterson & Control Union melaksanakan projek tanggungjawan sosial korporat bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-100 tahun ini.

Organisasi berkenaan membiayai projek yang dipanggil called “Retaining Forest and Culture in Jagoi Heritage Forest, Sarawak” dengan kerjasama Jagoi Area Development Committee (JADC) and WWF-Malaysia.

Difahamkan bahawa projek ini akan berlangsung selama enam bulan.

Di dalam projek ini, kawasan terhakis seluas 1.8 hektar di Hutan Warisan Jagoi akan dipulihara menerusi penanaman 100 spesies pokok seperti Meranti (Shorea spp.), Kapur (Dryobalanops beccarii), Gaharu (Aquilaria beccariana),Belian (Eusideroxylon zwageri), Selangan batu pinang (Shorea havilandidi) dan beberapa spesies tempatan yang lain.

Anak-anak benih untuk projek ini disumbangkan oleh Jabatan Pertanian Sarawak sebagai sokongan mereka terhadap pemuihan landskap hutan di Sarawak.

Projek telah bermula pada 12 Disember tahun ini dan disertai oleh wakil-wakil dari JADC dan WWF-Malaysia. 

Turut hadir ialah James Lopaz Luhum dari Peterson and Control Union,  Timbalan Pengarah Jabatan Hutan Sarawak , Jack Liam;  Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pemilik Ladang Kelapa Sawit Sarawak,  Andrew Cheng dan Pegawai Pentadbir Negeri dari Pejabat Daerah Bau,  Eddy Nayoi.

Menurut Pengurus Besar Peterson & Control Union (Malaysia), Mr Supun Sachithra Nigamuni, syarikat berkenaan amat teruja dapat menyokong JADC dan WWF-Malaysia dari aspek kewangan bagi menjayakan projek ini.

“Kami dapat memberi impak global dengan menyokong projek tempatan,” kata beliau yang tidak dapat datang ke Sarawak untuk menyertai acara ini.

Untuk rekod, Peterson & Control Union merupakan syarikat yang menguruskan logistik, kualiti, pensijilan dan pengurusan risiko.

Sementara itu, Pengerusi JADC, Profesor Dr Gabriel Tonga Noweg  menyebut bahawa Hutan Warisan Jagoi atau lebih dikenali sebagai Bung Jagoi merupakan tapak warisan Bidayuh di Jagoi, dalam daerah Bau.

Penduduk tempatan mengenali kawasan ini sebagai lokasi riadah, terutama aktivitimendsaki bukit.  Malah pada hari berkenaan, beberapa pendaki yang kebetulan berada di situ turut serta di dalam aktiviti penanaman pokok.

“Sebagai satu daripada lima tapak di Malaysia yang melaksanakan the IUCN (International Union for Conservation of Nature) Kawasan Senarai Hijau Terlindung dan Dipulihara, kita harap dapat mendedahkan usaha komuniti Bung Jagoi sebagai penjaga hutan di Sarawak,” kata beliau.

Dr. Gabriel juga menyebut bahawa JADC sekarang ini sedang di dalam proses membangunkan pelan pengurusan jangka panjang untu Hutan Warisan Jagoi.

Sebahagian daripada pelan yang dirancang termasuklah melaksanakan pelbagai kajian tentang kesihatan hutan, tapak pelancongan yang berpotensi dimajukan, penilaiann sumber-sumber sedia ada dan kapasiti bekalan untuk produk bukan balak seperti rotan.

Ketua Program Pemuliharaan Sarawak, WWF-Malaysia, Dr. Jason Hon pula berkata hutan Bung Jagoi bukan sahaja menyediakan keperluan untuk komuniti tempatan tetapi sekarang ia adalah lokasi popular untuk orang awam secara keseluruhan.  Menerusi usaha penduduk di sini, orang awam akan menikmati hutan yang indah. 

Menurut beliau, berselang masa, sebahagian kawasan telah terjejas dan projek ini bertujuan mempertingkat dan memulihara liputan hutan.

“Kita berterima kasih kepada mereka yang menyokong kita, terutama komuniti Bung Jagoi, di dalam memulihara Hutan Warisan Jagoi.  Bersama-sama kita terus memberi impak positif, kepada alam sekitar dan orang ramai,” tambah beliau. –WWF-Malaysia